Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

7 Kali SPM, 2 Kali STPM: Kisah Lelaki OKU Akhirnya Jadi Guru Buat Ramai Kagum

Athirah
Kredit: @DrAinunNasihah via X
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

7 Kali SPM, 2 Kali STPM: Kisah Lelaki OKU Akhirnya Jadi Guru Buat Ramai Kagum

Setiap orang memiliki cita-cita yang ingin dicapai dalam kehidupan.

Tidak kira sama ada impian itu besar atau kecil, segala usaha yang dilakukan biasanya lahir daripada keinginan untuk memperbaiki diri dan mencapai masa depan yang lebih baik.

Dalam perjalanan menuju kejayaan, seseorang perlu melalui pelbagai cabaran, membuat pengorbanan serta belajar daripada pengalaman.

Namun begitu, impian tersebut tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seseorang mempunyai tekad yang kuat dan semangat yang tidak mudah luntur.

Lelaki OKU akhirnya menjadi guru selepas gagal berkali-kali

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah abang kandungnya yang menunjukkan semangat juang tinggi dalam menempuh perjalanan pendidikan yang penuh cabaran.

Menerusi hantaran @DrAinunNasihah di X, abangnya yang lebih tua dua tahun merupakan pemegang kad OKU bagi pembelajaran.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah mengambil SPM sebanyak tujuh kali dan STPM sebanyak dua kali sebelum akhirnya diterima masuk ke universiti dan berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera.

Berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi, abangnya kini mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) sebagai langkah menuju cita-citanya untuk bergelar seorang guru.

Menurut @DrAinunNasihah, abangnya dilahirkan melalui proses normal delivery tetapi dalam kedudukan songsang (breech presentation), di mana menyebabkan proses kelahiran sedikit lewat.

Keadaan ini dipercayai menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran pembelajaran dan punca masalah perkembangan pada awal hidupnya.

“Mereka kata dia seorang pelajar yang lambat belajar dan mengalami gagap teruk. Selalu hanyut dalam dunianya sendiri. Dia juga dibuli secara fizikal dan mental di sekolah walaupun ayah kami seorang guru di sekolah itu,” ujar hantaran tersebut.

@DrAinunNasihah turut menceritakan perjalanan akademik abang kandungnya penuh cabaran. Selepas cubaan kesepuluh menduduki SPM, lelaki tersebut memberitahu ibu mereka bahawa ia mungkin percubaannya yang terakhir sambil menitis air mata.

Perjuangan lelaki itu hampir tiba ke penghujung

Dedikasi yang sama membawanya untuk mencuba STPM sebanyak dua kali, seterusnya berjaya menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda Sastera, dan melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Tambah @DrAinunNasihah lagi, abangnya telah diminta mengemukakan status kad OKU, yang dimilikinya kerana kategori pembelajaran dalam satu sesi temuduga.

Selepas keluar dari bilik temuduga, dia menangis kepada ibunya, mungkin kerana lega atau menyedari perjuangannya hampir tiba ke penghujung.

Dalam perkembangan terkini, dia secara rasmi memulakan kerjaya sebagai guru pada usia 37 tahun, sekali gus menandakan permulaan baharu dalam kehidupannya.

“Dia tetap dirinya, abang yang saya kenal sejak kecil. Masih seperti dirinya yang sebenar, sama seperti Forrest Gump di penghujung filem itu. Masih dirinya, tetapi dia telah mencipta sejarah melalui ketekunan dan keberanian, terus dari kehidupannya sendiri

“Memang benar dia menerima sokongan besar daripada ibu, ayah, dan kami semua adik-beradik

“Namun, satu hakikat dalam hidup ialah kita tidak dapat menolong seseorang jika dia sendiri tidak mahu ditolong, walaupun seluruh dunia menghulurkan bantuan. Dalam kes ini, dia menolong dirinya sendiri, maka bantuan itu tiba pada masanya

“Semoga berjaya dalam babak baru ini, usaha baru di tempat baru. Kami akan sentiasa berada di sisinya, sepenuhnya, selagi dia tetap berdiri teguh dengan dirinya sendiri, seperti yang telah dilakukannya selama ini,” ujar @DrAinunNasihah.

BACA: Wanita Misteri Tolak Kereta Sorong Bayi Di Lebuh Raya Pukul 2 Pagi

Sumber: @DrAinunNasihah via X