Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tarik Perhatian Ramai, Gambar Rumah ‘Bertiangkan’ Tangga Konkrit Timbulkan ‘Misteri’ Kenapa Dibina Sebegitu

Aqmal Ezany
Gambar: @mo_hrizm

Foto yang disebut-sebut sebagai “mushroom house” yang dibuat di atas tangga konkrit sempit telah membuatkan ramai pengguna sosial media di Jepun bingung.

Foto yang tular itu telah dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama Yuko Mohri, dan sejak dari itu ianya telah dikongsikan lebih 20,000 kali di media sosial.

Foto tersebut memaparkan sebuah rumah satu tingkat dipercayai di Jepun yang kelihatan seperti rumah satu tingkat bertenggek di tangga konkrit.

Gambar: @mo_hrizm

Pemandangan seperti itu pastinya akan membuatkan ramai diantara kita tercengang, tambah lagi di negara pulau, yang negaranya seperti semua sudah ketahui kerap ditimpa gempa bumi.

Selepas gambar tersebut menjadi tular, ramai yang menganggap bahawa ianya adalah palsu dan telah disunting bagi membuatkan orang berasa kagum.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter bernama Tricke Guro dengan pantasnya telah berkongsikan koordinat Google Earth rumah pelik itu, dan percaya atau tidak, ianya kelihatan lebih pelik daripada dalam gambar.

Mushroom House itu dikatakan terletak di Pekan Azumigawa, Bandar Takashima, Jepun, dan kelihatan seakan tidak berpenghuni.

Antara sebab pemiliknya memutuskan untuk membina mengikut rekaan rumah Baba Yaga moden itu masih kekal misteri.

Pun begitu, kurang mengetahui fakta yang tepat tidak menghalang orang ramai untuk membuat spekulasi berkenaan dengan rumah ini, dan kisah ini juga turut tidak terkecuali.

Ada yang mendakwa bahawa reka bentuk yang pelik itu dapat mengurangkan cukai harta pemiliknya, yang kelihatan tidak logik, sementara yang lain pula mengesyaki bahawa rekaan seperti ini dibuat bagi membolehkan dua ruang untuk tempat letak kereta boleh dibina di sebidang tanah yang kecil.

Walau apa pun keadaannya, rumah ini pastinya akan menjadi antara salah satu rumah paling pelik yang anda pernah nampak dan ketahui.

Sumber: Oddity Central