Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tawau Diisytihar Dilanda Kemarau - JPBD Daerah

Tawau Diisytihar Dilanda Kemarau
Kredit: Bernama

Tawau Diisytihar Dilanda Kemarau - JPBD Daerah

TAWAU, 25 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau hari ini mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana kemarau, melibatkan kawasan Pulau Sebatik.

Pengisytiharan dibuat oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Joseph Pang yang juga pengerusi jawatankuasa itu pada 10 pagi hari ini.

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas meneliti situasi semasa berdasarkan laporan serta maklumat lapangan daripada agensi berkaitan dalam JPBD yang menunjukkan kawasan berkenaan berhadapan keadaan cuaca kering berpanjangan.

Pulau Sebatik merupakan pulau yang dikongsi antara dua negara, dengan bahagian utara terletak di Malaysia manakala bahagian selatan di Indonesia.