Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi Perempuan Maut Digilis Pacuan Empat Roda

Iqbal Yasir
bayi maut 4x4 sepupu
Gambar: Bernama

Bayi Perempuan Maut Digilis Pacuan Empat Roda

KEMAMAN — Seorang bayi perempuan dilaporkan maut selepas digilis oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang dipandu oleh sepupunya dalam satu kejadian semalam.

Memetik Sinar Harian, kejadian dilaporkan berlaku di kawasan rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh, Terengganu,

Difahamkan, mangsa yang berusia setahun lima bulan cedera parah pada bahagian kepala dalam insiden tersebut.

Menurut, Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, pada jam 8.30 malam, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian.

Bayi Maut Digilis 4×4 Dipandu Sepupu

Tambahnya, wanita berusia 19 tahun yang memandu kenderaan tersebut merupakan sepupu mangsa selepas siasatan awal dibuat.

“Kenderaan itu di parkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan itu untuk bergerak ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Dungun.

“Ketika itu, mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

“Pemandu tidak menyedari mangsa berada di belakang kenderaan menyebabkan mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan itu,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Hanyan menjelaskan bayi terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan mengalami kecederaan parah.

BACA JUGA: Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori

“Mayat mangsa telah dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya lagi.

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Basikal Langgar Lori Sampah

Semalam, Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah, lapor Bernama.

Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab, kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi.

Mangsa yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati, lori sampah jenis Mitsubishi yang dipandu lelaki berusia 55 tahun sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah di kawasan berkenaan sebelum mangsa yang dari rumahnya secara tiba-tiba meluru sehingga terlanggar bahagian kanan tayar lori terbabit.

“Pemandu lori itu kemudiannya turun dan mendapati penunggang basikal tersebut berada di bawah tayar belakangnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sumber: Sinar Harian