Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Teguk Air Tenaga 12 Tin Sehari, Remaja Perempuan Alami Sakit Jantung & Tak Sedarkan Diri

Gambar Via Daily Star

Seorang remaja perempuan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri di sekolahnya selepas mengalami sakit jantung dan mendedahkan bahawa punca yang menyebabkan keadaan itu adalah disebabkan dia ketagih meminum air minuman tenaga sehingga 12 tin sehari.

Mascha K, 17, dari Zurich, Switzerland telah dimasukkan ke hospital pada 15 September dan telah berkongsikan keadaannya itu di TikTok, lapor Daily Star.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya, dia menunjukkan keadaan dirinya yang terbaring di katil hospital dan memaparkan beberapa gambar tin minuman tenaga dengan kapsyen “Jangan minum terlalu banyak”.

Gambar Via Daily Star

Laman berita Blick pula melaporkan bahawa remaja itu memberitahu para doktor bahawa dia sering minum sebanyak dua dozen minuman tenaga setiap hari.

“Selepas itu doktor bertanya semula kepada saya, kamu rasa apa yang menyebabkan kamu tidak sedarkan diri?,” katanya.

Doktor kemudian menjelaskan bahawa ketagihannya itu telah menyebabkannya dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu, Mascha juga mengatakan dia mula minum minuman tenaga dalam jumlah yang banyak ketika dia mula bekerja.

“Ia bermula dengan sebatang rokok dan setin minuman tenaga pada waktu pagi, kemudian pada setiap kali rehat, ketika bekerja, dan pada waktu petang dengan rakan sekerja,” katanya.

Dakwanya lagi, dia telah mengurangkan satu atau dua tin, tetapi ia menyebabkan keadaannya ‘merosot’. Jadi, dia perlu minum dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

Sumber: Daily Star