Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

TEKA, peneraju global bagi peralatan rumah, dengan bangganya meraikan pencapaian melangkaui 100 tahun inovasi dan reka bentuk dalam mentransformasikan ruang dapur berkonsepkan gaya hidup moden.
Di bawah tema “Beyond 100 Years, Designing the Next Chapter,” TEKA menampilkan legasi cemerlangnya sambil memperkenalkan koleksi dapur secara eksklusif.
“Bagi TEKA, dapur bukan sekadar ruang memasak; ia umpama kanvas di mana kreativiti dihidupkan,” kata Stan Fong, Pengarah Urusan TEKA Malaysia.
“Sebagai penghormatan kepada seni dan kreativiti, kami dengan bangganya memperkenalkan Van Gogh Museum Edition. Setiap produk bukan sekadar perkakas, tetapi membawa keindahan, semangat dan inspirasi ke dalam setiap kediaman.”

Van Gogh Museum Edition, yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Muzium Van Gogh di Amsterdam, mentakrifkan semula persilangan antara seni dan kehidupan harian. Diilhamkan daripada lukisan ikonik Sunflowers serta lakaran Van Gogh, koleksi ini menawarkan set dapur lengkap termasuk ketuhar, ketuhar gelombang mikro, dapur induksi dan gas, hud penyedut serta peti sejuk kombo.
Setiap peralatan direka dengan teliti untuk menggabungkan keindahan abadi dengan kualiti premium dan ketahanan jangka panjang, menjadikan dapur sebagai ruang di mana inspirasi dan inovasi bertemu.

Seiring dengan Van Gogh Museum Edition yang berunsur artistik, TEKA turut memperkenalkan Infinity G1 | Edition, sebuah koleksi yang menampilkan kecanggihan fungsi dan estetika yang halus.
Diilhamkan daripada barang kemas mewah, automotif premium dan teknologi terkini, rangkaian ini menampilkan kemasan “hitam matte” dengan sentuhan tembaga yang menggabungkan keunggulan reka bentuk Itali dengan ketepatan kejuruteraan Jerman.
Infinity G1 | Edition direalisasikan melalui kolaborasi dua jenama unggul, iaitu TEKA dan Italdesign Giugiaro, yang menggabungkan lebih 50 tahun kepakaran reka bentuk automotif dengan pengalaman TEKA dalam menghasilkan produk dapur inovatif.
Direka untuk kepelbagaian, koleksi ini menawarkan penyelesaian bergaya dan praktikal untuk dapur moden, memastikan keharmonian visual, kemudahan penggunaan dan prestasi yang berkekalan.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan TEKA terhadap inovasi, kreativiti dan kecemerlangan global,” tambah Fong. “Infinity G1 dan Van Gogh Museum Edition membuktikan usaha kami untuk terus melangkaui batas dalam menjadikan dapur lebih pintar, lestari dan menginspirasikan.”
Bagi mencapai matlamat ini, TEKA memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama:
Penyelidikan & Pembangunan (R&D) menghasilkan produk yang kompetitif dan inovatif serta menjadi penanda aras baharu dalam reka bentuk dan fungsi
Rantaian Bekalan memastikan penghantaran yang konsisten dan tepat pada masanya agar rakan niaga dan pelanggan dapat bergantung kepada jenama TEKA tanpa kompromi
Kecekapan Operasi bertindak balas dengan pantas dan berkesan terhadap keperluan pasaran serta kekal relevan dalam industri yang dinamik

Melangkaui 100 tahun, TEKA membayangkan masa depan di mana seni, teknologi dan kelestarian bersatu untuk membentuk ruang dapur yang berfungsi, menginspirasikan dan diperibadikan.
Jenama ini akan terus berinovasi untuk menjadikan dapur sebagai pusat kreativiti, hubungan dan kehidupan seharian.
Bersempena sambutan ini, cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan akan mengadakan demonstrasi masakan secara langsung menggunakan peralatan dapur TEKA, sambil menunjukkan bagaimana reka bentuk dan inovasi mampu meningkatkan fungsi serta keseronokan memasak.