Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tekad Mahu Beri Keselesaan, Mekanik Wanita Buka Bengkel Khas Untuk Para Wanita

mekanik buka bengkel wanita
Kredit: Metro UK

Tekad Mahu Beri Keselesaan, Mekanik Wanita Buka Bengkel Khas Untuk Para Wanita

Seorang mekanik wanita di Manchester, United Kingdom (UK) dilapor telah membuka sebuah bengkel kenderaan yang dikhaskan hanya untuk kaum wanita sahaja, lapor Metro UK.

Wanita tersebut, Zoe Cog, 25, terinspirasi untuk menjalankan operasi bengkel khas buat kaum Hawa atas faktor keselesaan sesama mereka.

Difahamkan, Zoe sebelum ini pada asalnya bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah bengkel sebelum memasuki industri automotif dengan lebih mendalam.

Kemudian, dia meneruskan latihan sebagai seorang mekanik dan mendapat idea untuk membuka bengkel sendiri supaya dapat memudahkan urusan wanita selain memberi keselesaan kepada mereka.

Bengkel tersebut yang dinamakan sebagai Autocog terletak di Ashton-under-lyne di daerah Tameside.

“Saya suka berfikir bahawa saya telah memberi kelainan dalam sektor automotif dengan membina bengkel sebegini.

“Kemungkinan perkara ini akan berlaku pada masa hadapan, namun saya berbesar hati untuk mengatakan bahawa saya telah mencipta tempat sedemikian,” katanya.

BACA: Pekerja Kedai Telefon Acu Pistol Kepada Mekanik Dipenjara Lapan Bulan

Mahu beri keselesaan berpanjangan kepada wanita

Mengulas lanjut, Zoe berkata dia mendapat inspirasi selepas merasakan wanita memerlukan satu tempat di mana mereka selesa untuk melakukan sesuatu di luar bidang mereka.

Ujarnya, dia berasa seronok kerana dapat membina satu ruang yang menyenangkan untuk para wanita.

Kredit: Metro UK

“Saya seronok kerana dapat mencipta ruang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka selain membina kepercayaan bersama pekerja saya,” ujarnya.

Sebelum menubuhkan perniagaan ini, Zoe bekerja sebagai ketua juruteknik di Lamborghini dan merupakan pakar kenderaan Ferrari.

“Ia adalah beberapa tahun terbaik dalam hidup saya kerana dapat bekerjasama dengan orang yang luar biasa.

“Namun saya tahu, saya perlu mewujudkan persekitaran yang selesa buat wanita,” tambahnya.

Kredit: Metro UK

Zoe kini telah mengusahakan segala-galanya daripada membaiki kereta keluaran 1970-an kepada jenama supercar Lamborghini yang kini dimiliki oleh kebanyakan bintang bola sepak.

Sambutan terhadap bengkel miliknya dikatakan telah mencipta satu fenomena, di mana orang ramai mengesahkan ia adalah satu keperluan.

“Sejujurnya sambutan terhadap bengkel saya adalah luar biasa dan melebihi apa yang saya jangkakan.

“Ia adalah pengalaman yang luar biasa dan saya mendapat begitu banyak sokongan serta maklum balas positif bukan sahaja daripada wanita malah lelaki juga,” jelasnya.

Sumber: Metro UK