Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tekong Kelantan Warriors Parah, Dua Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

Iqbal Yasir
Tekong Kelantan Warriors kemalangan
Gambar: FB Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP)

Tekong Kelantan Warriors Parah, Dua Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

BUTTERWORTH — Tekong sepak takraw Kelantan Warriors Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri cedera parah manakala dua lelaki maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua buah motosikal di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Lotus’s Seberang Jaya arah utara, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP).

“Tekong Kelantan Warriors Kemalangan Ikhwan @ Tenggek cedera teruk.

“Kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS dekat Lotus Seberang Jaya hala utara awal pagi ini.

“Dua lelaki terkorban setelah motosikal ditunggangi mereka dilaporkan dirempuh oleh lori dari belakang. Mangsa-mangsa mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan,” maklum kenyataan itu.

Sementara itu, Kelantan Warriors dalam satu hantaran di Facebook turut mendoakan kesembuhan atlet sepak takraw berkenaan.

“Moga Ikhwan diberikan kesembuhan,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Facebook Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP)

BACA: Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

BACA: 23 Cedera Selepas Permainan Di Taman Tema Runtuh