Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tengah ‘Syok’ Berbasikal Dalam Hutan, Air Naik Hingga Paras Bahu Sampai Terpaksa Junjung Basikal

Gambar: One Tat Nhan

Macam yang kita tahu, kebanyakan kawasan di Malaysia pada masa ini dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di beberapa negeri. Bukan sahaja Malaysia, negara jiran Singapura turut menghadapi situasi yang sama.

Menurut laporan Mothership.sg, beberapa kawasan di negara tersebut turut dinaiki air, termasuk Hutan Simpan Bukit Timah.

Laluan berbasikal di Bukit Timah ini antara yang popular di kalangan peminat sukan tersebut sampai dah banjir pun tetap ada yang pergi.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai One Tat Nhan memuatnaik gambarnya sedang melalui trek basikal Bukit Timah yang dinaiki air semalam.

Gambar: One Tat Nhan

Trek 6.4 kilometer di hutan hujan tropika itu dipenuhi air yang sangat dalam sampai One terpaksa menjunjung basikalnya sambil mengharungi air. Nasib One boleh dikatakan baik kerana basikal miliknya boleh terapung di atas permukaan air.

One mengharungi banjir di laluan tak sekata itu yang ada sesetengah tempat airnya hingga paras bahu One.

Gambar: One Tat Nhan

“Kami cuba mengharunginya tapi tiada pilihan selain berpatah balik.

“Air di sana sangat dalam, memang mustahil untuk jejak tanah,” tulis One dalam hantarannya di group Facebook SG PCN Cyclist.

Memetik laporan Mothership.sg, kejadian tersebut dianggap One sebagai pengalaman bermakna yang hanya terjadi sekali seumur hidup.

Sumber: Mothership.sg