Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Tengah Syok "Healing" Tepi Pantai, Tiba-Tiba Ada Ikan Datang Serah Diri
Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan stres. Ada yang suka bersukan, membaca buku dan tidak kurang juga yang berjalan-jalan melihat keindahan alam.
Kebiasaannya, pantai dan sungai akan menjadi antara tempat tumpuan bagi tujuan tersebut. Selain mendengar deruan ombak dan air sungai yang menenangkan, kita juga boleh meluangkan masa yang bermakna dengan keluarga dan rakan-rakan.
Namun, kadang kala ada perkara yang tidak terjangka berlaku dan membuatkan momen-momen itu jadi lebih istimewa.
Seperti yang dialami oleh Nornazumi baru-baru ini apabila rancangannya untuk healing di Pantai Teluk Batik, Perak, bertukar kecoh gara-gara seekor ikan.
Menerusi video yang di muat naik di TikTok @nkb1300, pada awalnya wanita itu ingin menenangkan fikiran dengan merendam kaki dalam air pantai tetapi tidak lama kemudian ada seekor ikan talang besar tiba-tiba munculkan diri.
"Rancangan hari ini pergi laut nak healing sekejap sambil dengar lagu Bernadya, tapi rancang Allah lagi menarik nampaknya, tahu-tahu ada ikan volunteer nak menghiburkan," katanya di kapsyen.
Nornazumi juga berkata ikan itu tiba-tiba melompat ketika dia sedang merakam video.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah reaksinya dan juga kawan-kawannya yang kelihatan takut bercampur teruja apabila melihat ikan itu.
Ketika ditemu bual SK, wanita itu berkata telah membawa pulang ikan terbabit ke rumahnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video tersebut.
"Ikan talang woi, aku yang mancing ni tak dapat-dapat"
"Ni baru betul, rezeki datang ke kita"
"Lepas ni nak mancng tak payah bawa joran, bawa akak ni je"
"Keluar modal mahal mancing tapi ikan datang free je kat dia"