Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Detik Cemas Ular Sawa Besar ‘Tindih’ Wanita Ketika Tidur
Ular merupakan reptilia yang akan dihindari oleh kebanyakan orang. Walaupun mungkin ada sesetengah dari haiwan itu yang tidak berbisa, namun kehadirannya boleh membuatkan sesiapa sahaja ‘meremang’.
Namun, apa yang anda akan lakukan jika ular masuk ke dalam bilik dan merayap di atas badan anda ketika tidur?
Itu yang dialami oleh seorang wanita di Australia pada Isnin lalu.
Menurut BBC, Rachel Bloor tersedar ketika tidur apabila terasa sesuatu yang berat melingkar di atas dadanya.
Dalam keadaan masih lagi mengantuk, dia menghulurkan tangan untuk mencapai anjing peliharaannya, namun sebaliknya dia sebenarnya sedang mengusap sesuatu yang licin dan beralun.
Ketika Bloor menarik selimut untuk melihat apa sebenarnya yang berada di atasnya, suaminya menyalakan lampu meja di sisi katil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada seekor ular sawa karpet sepanjang 2.5 meter di situ.
“Dia cakap, ‘Oh sayang. Jangan bergerak. Ada ular sawa kira-kira 2.5 meter atas awak,’” kata Bloor kepada BBC.
Bloor terkejut dan segera meminta suaminya memindahkan anjing mereka keluar dari bilik.
“Saya fikir kalau anjing saya sedar ada ular di situ, memang huru-hara jadinya,” katanya.

Selepas anjing-anjing diletakkan di luar bilik, Bloor mula melepaskan dirinya dengan berhati-hati.
“Saya cuba menyelinap keluar dari bawah selimut… dalam kepala saya terfikir, betul ke ini sedang berlaku? Ini sangat pelik,” katanya lagi.
Bloor percaya bahawa ular yang tidak berbisa itu telah menyusup masuk melalui bidai tingkap dan terus pergi ke atas katilnya.
Sebaik sahaja bebas daripada ular tersebut, dia dengan tenang menghalau reptilia itu keluar semula melalui laluan ia masuk.
“Ular itu terlalu besar, walaupun ia melingkar di atas saya, sebahagian ekornya masih berada di luar bidai.
“Saya pegang dia, tetapi dia nampak tidak terlalu terkejut. Dia cuma ‘terhuyung-hayang’ di tangan saya,” ujarnya.
Ular sawa karpet biasa ditemui di kawasan pesisir Australia dan kebiasaannya memakan mamalia kecil seperti burung.
Sumber: BBC