Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tengku Ampuan Pahang Bentang Syarahan Mengenai Manuskrip Undang-Undang Melayu Di Indonesia

SYARAHAN
Kredit: Istana Pahang

Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat membentangkan syarahan bertajuk “Membaca Semula Manuskrip Undang-Undang Melayu Sebagai Teks Perlembagaan: Kesinambungan Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang” pada Persidangan Antarabangsa bertemakan “Manuskrip dan Kepelbagaian Islam di Asia Tenggara” di Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Depok, Indonesia, hari ini.

Menurut Kesultanan Pahang dalam satu kenyataan, Paduka Baginda merupakan antara 26 pembentang kertas kerja dari empat negara yang mengambil bahagian dalam persidangan berkenaan, iaitu Malaysia, Indonesia, United Kingdom dan Singapura.

Kesultanan Pahang berkata, seminar itu diadakan bagi meneroka manuskrip-manuskrip Islam serta budaya persuratan Nusantara menerusi perspektif baharu.

“Persidangan ini menghimpunkan para pembentang dari pelbagai negara bagi membincangkan manuskrip Islam dan khazanah persuratan Nusantara,” katanya.

Menurut kenyataan itu, warga UIII turut begitu teruja menyambut keberangkatan tiba Paduka Baginda ke universiti berkenaan.

Ujarnya, keberangkatan Paduka Baginda mencatatkan sejarah tersendiri kerana baginda merupakan raja pertama yang berangkat ke UIII bagi tujuan perkongsian ilmu sejak universiti itu mula beroperasi lima tahun lalu.

Kesultanan Pahang jelasnya, kunjungan berkenaan mencerminkan komitmen Paduka Baginda dalam usaha memperkukuh perkongsian ilmu, khususnya berkaitan khazanah manuskrip dan sejarah perundangan Melayu.

Intipati
  • Tengku Ampuan Pahang membentangkan syarahan mengenai manuskrip undang-undang Melayu di UIII, Depok.
  • Persidangan antarabangsa itu menghimpunkan 26 pembentang dari Malaysia, Indonesia, United Kingdom dan Singapura.
  • Kesultanan Pahang berkata keberangkatan baginda mencerminkan komitmen memperkukuh perkongsian ilmu manuskrip Melayu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan