Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tentera India Temui 7 Mayat Anggotanya Yang Maut Dalam Runtuhan Salji Di Arunachal

Gambar: News East India

NEW DELHI, 9 Feb (Bernama) — Tentera India menemui mayat tujuh anggotanya yang terkorban dalam runtuhan salji di wilayah timur laut pada ketinggian 14,500 kaki.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada Ahad selepas anggota yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh.

“Mayat kesemua tujuh mangsa ditemui di tapak runtuhan salji. Malangnya, di sebalik usaha terbaik semua yang terlibat, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia,” kata tentera pada Selasa.

Ketua Menteri Arunachal Pradesh Pema Khandu mengumumkan pemberian ex gratia sebanyak 400,000 rupee (RM 22,400) kepada keluarga setiap askar yang kehilangan nyawa.

Sumber: Bernama