Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tentera Israel Ceroboh Selatan Lubnan

Hannah
Israel ceroboh Lubnan
Gambar: AFP

Tentera Israel Ceroboh Selatan Lubnan

ISTANBUL, 26 Dis (Bernama-AA) — Tentera Israel melancarkan pencerobohan ke atas kawasan strategik di selatan Lubnan pada Khamis dalam pelanggaran terbaru perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media Lubnan.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA), tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar semasa kemaraan mereka di wilayah itu.

Tentera Lubnan kemudian menutup semua laluan ke kawasan itu.

Serangan oleh tentera rejim memaksa penduduk bandar Qantara yang berhampiran melarikan diri ke kampung Ghandourieh.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh tentera Israel berhubung insiden itu.

Pihak berkuasa Lubnan melaporkan lebih 300 pelanggaran oleh Israel sejak perjanjian gencatan senjata dikuatkuasakan pada 27 November.

Di bawah syarat gencatan senjata, Israel dikehendaki mengundurkan tenteranya di selatan Garis Biru – sempadan de facto – secara berperingkat, manakala Angkatan Bersenjata Lubnan akan ditempatkan ke selatan Lubnan dalam tempoh 60 hari.

Data Kementerian Kesihatan Lubnan menunjukkan bahawa sejak serangan Israel ke atas Lubnan bermula pada 8 Okt 2023, sekurang-kurangnya 4,063 orang telah terbunuh, termasuk wanita, kanak-kanak dan petugas kesihatan, manakala 16,663 yang lain cedera.

BACA: Angka Korban Serangan Udara Israel Di Lubnan Meningkat Hampir 500

BACA: Israel Lancar Serangan Udara Di Tengah Beirut

BACA: Tentera Malaysia Di Lubnan Boleh Serang Balas Israel Jika Kedudukan Terancam

Sumber: BERNAMA