Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Malaysia serang Israel
Sumber: Malaysia Gazette

Tentera Malaysia Di Lubnan Boleh Serang Balas Israel Jika Kedudukan Terancam

Hannah

Tentera Malaysia Di Lubnan Boleh Serang Balas Israel Jika Kedudukan Terancam

Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan dibenarkan melancarkan serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka terancam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan bahawa langkah ini adalah selaras dengan garis panduan perlindungan yang ditetapkan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Jika berlaku serangan (oleh tentera Israel), dari segi kalau untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri) memang boleh (serang balas), untuk kita membalas tembakan dan sebagainya.

“Tetapi, kalau untuk lakukan ‘offensive attack’ (serangan ofensif), maka itu tidak dibenarkan kerana peranan dan tanggungjawab pasukan UNIFIL ini sebagai pengaman.

“Kalau dia diserang (dan) untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri), maka ia (serangan balas) boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, beliau turut menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang ingin tahu sama ada pasukan MALBATT Malaysia boleh bertindak balas jika diserang oleh tentera Israel.

Namun begitu, Mohamed Khaled menekankan bahawa pasukan MALBATT telah diarahkan untuk tidak melakukan rondaan atau pergerakan logistik dan perlu kekal di penempatan masing-masing bagi memastikan keselamatan anggota terjamin.

BACA: Lebih 100 Maut Dalam Letupan Lori Tangki Minyak

Dalam sesi tersebut, Mohamed Khaled turut menjelaskan bahawa keputusan untuk mengundurkan pasukan MALBATT dari Lubnan akan diputuskan oleh UNIFIL dengan persetujuan bersama 50 negara yang terlibat dalam misi pengaman tersebut.

Tambah beliau, walaupun ancaman semakin meningkat, Malaysia tidak akan mengambil tindakan unilateral atau bersendirian melibatkan penyertaan pasukan MALBATT 850-11.

“Keputusan sama ada undur atau tidak, bergantung kepada keputusan UNIFIL dan juga persetujuan bersama semua negara yang terlibat menghantar pasukan pengaman iaitu seramai 50 buah negara termasuk Malaysia, dan bukan tindakan unilateral kita bersendirian.

“Untuk makluman, Indonesia pun yang mana tentera mereka terlibat cedera akibat serangan Israel, Menteri Luar (Indonesia) membuat kenyataan pada 14 September lalu, mereka akan terus bersama menjayakan pasukan pengaman di bawah UNIFIL. Walaupun cedera, pertama bukan untuk berundur atau menarik diri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, fasiliti dewan bedah disediakan oleh UNIFIL dan terletak kira-kira satu jam dari kem MALBATT.

“Sementara di kem kita, ada kemudahan asas untuk rawatan tahap dua dan pada masa sama, kita juga bekerjasama dengan hospital tempatan (di Lubnan),” jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan lima anggota pasukan pengaman UNIFIL cedera ketika Israel melancarkan serangan ke atas Hizbullah di selatan Lubnan.

Misi UNIFIL melibatkan kira-kira 9,500 pegawai dan anggota tentera dari 50 negara, termasuk Malaysia, yang ditugaskan untuk memantau gencatan senjata susulan perang selama 33 hari pada tahun 2006 antara Israel dan Hizbullah.

BACA: Angka Korban Serangan Udara Israel Di Lubnan Meningkat Hampir 500

BACA: Dua Anggota Pengaman PBB Cedera Dalam Serangan Israel Di Lubnan

Sumber: Malaysia Gazette