Utama

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Risau anak tak tahu mana satu, seorang bapa siap tulis nama komponen dalam ruang enjin kereta.
Apabila membuka bonet hadapan kereta, pelbagai komponen dapat dilihat ada di dalam ruang enjin.
Setiap bahagian mempunyai fungsi tersendiri bagi memastikan kenderaan dapat beroperasi dengan lancar.
Antaranya termasuk tangki air radiator, tali sawat dan pam brek.
Namun, tidak semua orang arif tentang nama serta fungsi setiap komponen yang ada.
Bagi sesetengah pemilik kenderaan, mengenali asas bahagian sudah memadai untuk tujuan keselamatan dan kecemasan.
Pengetahuan ringkas ini sekurang-kurangnya membantu ketika berdepan situasi tidak dijangka di jalan raya.
Sudah tentu, tidak semua pemilik kenderaan mengetahui setiap komponen yang ada dalam ruang enjin kereta.
Begitu juga dengan anak perempuan seorang pengguna Thread, @zullharon.

Lelaki tersebut mengambil inisiatif menulis label pada komponen kereta sebagai rujukan anak perempuannya.
Menerusi video yang dikongsi, beberapa bahagian ditanda termasuk bateri kereta, penapis udara, fius dan minyak enjin.
“Semua kena tulis. Kalau tak, bateri pun tak kenal anak perempuan aku yang sorang ni,” luah lelaki berkenaan.
Ketika anak perempuannya bertanya, lelaki tersebut menjelaskan nama-nama yang ditulis boleh dijadikan rujukan jika berlaku kerosakan.
“Rosak, abah suruh tengok ni lah,” ujarnya ringkas.
Turut kelihatan bahagian seperti tangki minyak steering dan tangki minyak brek turut dilabel sebagai “S” dan “B”. Selain itu, beberapa bahagian pada radiator juga dilabel dengan menggunakan pen penanda berwarna kuning.
Video pendek yang sarat dengan kasih sayang seorang bapa itu mendapat sekitar 20.1k sukaan.
Rata-rata netizen terharu melihat limpahan kasih sayang yang lelaki berkenaan tunjukkan kepada anaknya. Tidak kurang juga ada yang memuji tulisan tangan lelaki tersebut.

“Ni lah rasa ada bapa yang baik,” ulas warga maya.
“Aku selalu tertanya-tanya, apa rasa bila masih ada seorang bapa yang penyayang?” Soal seorang lagi.
“Ayah saya macam ni tapi siap ada letak dekat kereta anak-anak beg kecil tu, ada cacing tayar, peralatan kecemasan. Anak dah kahwin pun dia bagi juga siap kereta menantu sekali,” kongsi yang lain.