Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Euphrates zon ketenteraan tertutup
Kredit: Anadolu

Tentera Syria Isytihar Barat Euphrates Sebagai ‘Zon Ketenteraan Tertutup’ Susulan Serangan

Azizah Najib

Tentera Syria Isytihar Barat Euphrates Sebagai ‘Zon Ketenteraan Tertutup’ Susulan Serangan

ISTANBUL, 17 Januari (Bernama) — Tentera Syria pada Sabtu mengumumkan bahawa kawasan di barat Sungai Euphrates diisytiharkan sebagai ‘zon ketenteraan tertutup’ susulan serangan kumpulan YPG/SDF terhadap pasukannya, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik Agensi Berita Arab Syria (SANA).

“Kami mengumumkan kawasan barat Euphrates sebagai zon ketenteraan tertutup selepas pengganas PKK menyasarkan pasukan tentera semasa pelaksanaan perjanjian,” menurut Markas Operasi tentera kepada SANA.

Markas Operasi itu turut menggesa orang awam untuk menjauhkan diri dengan segera dari kedudukan kumpulan penentang di kawasan berkenaan.

“Kami menyeru keluarga awam kami di kawasan barat Euphrates supaya menjauhi lokasi pengganas PKK serta saki-baki rejim terdahulu yang merupakan sekutu SDF,” katanya.

Markas berkenaan juga mendedahkan bahawa pengganas PKK sedang menanam periuk api di Jambatan Shuayb al-Dhikr di kawasan luar bandar barat Raqqa bagi menghalang pelaksanaan perjanjian itu.

Pihak tentera memberi amaran bahawa tindakan meletupkan jambatan itu akan mengganggu perjanjian dan bakal membawa kesan yang sangat serius.

Terdahulu, Tentera Syria menyatakan kumpulan YPG/SDF telah menyerang satu daripada rondaan berhampiran Bandar Maskanah di timur Aleppo, yang mengorbankan dua tentera manakala beberapa yang lain cedera.

Pada Mac 2025, Kepresidenan Syria mengumumkan perjanjian untuk menyepadukan YPG/SDF ke dalam institusi negara, sekali gus menegaskan perpaduan wilayah negara itu dan menolak sebarang cubaan untuk memecahbelahkannya.

BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia

BACA: Bukan Biawak Je, Ketam Nipah Turut ‘Tumpang’ Laluan Warga UMT

Sumber: Bernama