Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terdapat 139 Pengembara Warganegara Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara Positif Covid-19

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa seramai 139 orang warganegara Malaysia yang ditempatkan di stesen kuarantin selepas pulang daripada luar negara disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu ciapan yang dinyatakan oleh KKM, sejumlah 12,672 orang yang ditempatkan di stesen kuarantin tersebut telah menjalani ujian Covid-19 setakat 24 April 2020, 5 petang.

Dan daripada jumlah itu, seramai 139 orang atau bersamaan dengan 1.1 peratus telah disahkan positif dijangkiti dengan virus Covid-19.

Selain dari itu, negara-negara yang telah dilawati oleh kes positif tersebut adalah: 99 kes melawat Indonesia, 14 kes melawat UK, 13 kes telah Singapura, 5 kes melawat Turki, 3 kes melawat Belanda, 2 kes melawat Amerika Syarikat, 1 kes masing-masing melawat Thailand, Perancis dan Belanda.

KKM juga turut menegaskan bahawa langkah-langkah untuk mengekang penularan wabak setakat ini menunjukkan hasil yang diharapkan.

KKM juga turut menasihatkan orang ramai agar terus duduk di rumah dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang tinggi serta terus mengamalkan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian jangkitan virus ini.

Sumber: KKM