Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

”Terdapat Sedikit Kekhilafan Tetapi Sudah Diperbetulkan”- KP SPRM Jawab Isu Bar Ribon

Foto: YouTube MACC Tube

Seperti yang kita tahu, Latheefa Koya telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang baru oleh kerajaan baru-baru ini.

Beliau juga baru sahaja mengangkat sumpah di atas pelantikannya pada awal minggu ini. Bagaimanapun, beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mempersoalkan status pingat dan pemakaian uniform yang digunakan beliau semasa menghadiri satu acara.

Berikutan dengan itu, beliau melalui SPRM telah mengeluarkan satu kenyataan media rasmi bagi menjawab segala persoalan yang dilemparkan.

Sumber: Facebook SPRM