Terhibur Baca Catatan Kesalahan Dalam Buku Pengawas Anak Darjah 3
Memang betul kata orang, media sosial ni tempat paling hidup untuk cari hiburan. Kadang-kadang, benda yang paling biasa pun boleh jadi viral dan mencuit hati ramai.
Tambah pula rakyat Malaysia memang terkenal dengan kreativiti 'luar kotak'. Dengan satu perkongsian ringkas pun, netizen boleh jadikan ruangan komen penuh gelak tawa.
Baru-baru ni, satu perkongsian di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang ibu berkongsi buku pengawas milik anaknya yang masih di Darjah 3.
Apa yang buat orang ramai terhibur bukanlah buku itu, tetapi senarai kesalahan yang dicatatkan oleh si anak sebagai pengawas kelas.
"Kesalahan: Bernafas" - Pecah perut dibuatnya
Dalam gambar yang dikongsikan, seorang murid bernama Shafiqah 1 disenaraikan melakukan kesalahan.
Difahamkan, terdapat dua orang murid dengan nama sama di dalam kelas, sebab itu rakannya dilabel sebagai "Shafiqah 1".
Mengejutkan, kesalahan yang ditulis bukan bercakap, bukan buat bising, bukan lewat masuk kelas. Sebaliknya, kesalahannya ialah "ejek orang" dan "bernafas".
"Shafiqah 1, are you okay?," tulis si ibu di ruangan kapsyen, sambil berkongsi gambar isi buku catatan itu.
Kredit: Threads @alyaghazApa yang lebih mencuit hati ialah penjelasan si anak apabila ibunya bertanya mengapa "bernafas" dianggap sebagai kesalahan.
"Dia cakap Shafiqah 1 bernafas kuat sangat…," jelas si anak, seperti dikongsikan oleh ibunya.
Perkongsian itu terus menjadi tular kerana ramai netizen tidak menyangka bernafas pun boleh jadi kesalahan dalam buku pengawas sekolah rendah.
"Bernafas is a crime now?" - Netizen
"Apa dosa dia sampai bernafas pun jadi kesalahan... Hahaha..."
"Medic team, please come and rescue Shafiqah 1..."
"Mesti nafas Shafiqah bunyi lagu 'Hati Ingin Berbicara'..."
"Mesti baru lepas berlari, tercungap-cungap, so berbunyilah kalau bernafas. Jadi pengawas ni kalau boleh nak senyap sepi, sudahnya dengarlah nafas si sapikah ni tadi..."
Tak kurang, perkongsian ini membuatkan ramai mengimbau zaman sekolah rendah. Ada yang berkongsi pengalaman pernah ditulis dalam buku pengawas kerana bercakap dan ketawa.
Namun, ramai mengakui kesalahan "bernafas" memang dianggap next level. Netizen juga sempat berseloroh mengatakan pengawas itu mungkin terlalu serius menjalankan tugas.