Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dr Asyraf Terjah MRSM Langkawi, Ada Pintu Tandas Terus Tumbang Selepas Ditolak Dengan Jari
Satu pemeriksaan mengejut telah dijalankan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, baru-baru ini.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu, pemeriksaan berkenaan bertujuan untuk melihat sendiri aduan yang diterima daripada ibu bapa kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu di sana.
Dalam hantaran di Facebooknya, Dr Asyraf berkata antara aduan yang diterima termasuklah keadaan fasiliti tandas yang tidak dibaiki dan masalah air.
Selain itu, pihaknya turut menerima aduan berkenaan bekas makanan yang tidak dicuci dengan sempurna serta isu-isu lain melibatkan kebajikan pelajar.
Dr Asyraf terjah MRSM Langkawi, ada pintu tandas terus tumbang selepas ditolak dengan jari
“Ternyata sebahagian aduan mereka ada kebenarannya,” kata beliau.
Menurut Dr Asyraf, beliau sudah berulang-kali mengingatkan pengurusan MRSM dan Institusi Pendidikan MARA yang lain untuk mengutamakan kebajikan pelajar.
“Beri keutamaan permohonan peruntukan untuk penyelenggaraan fasiliti asas yang melibatkan kebajikan pelajar dan guru termasuk tandas, peralatan belajar, asrama, dan kelas-kelas,” katanya lagi.
Dalam tinjauan dibuat, ada pintu tandas di MRSM berkenaan tercabut sebaik sahaja ditolak, walaupun dengan hanya menggunakan jari.
Luluskan peruntukan khas kerana masalah air di Langkawi
Selain kerosakan pintu, ada juga beberapa kubikel tandas juga didapati tidak mempunyai pintu serta menghadapi masalah lampu.
Menurut Dr Asyraf Wajdi Dusuki lagi, masalah air di Pulau Langkawi yang tiada berkesudahan juga menyebabkan pihak Majlis MARA dan Pengurusan telahpun meluluskan peruntukan khas.
Ia bagi memastikan bekalan air tidak putus seperti penambahan penyediaan tong menyimpan air dan juga membiayai kos lori air SADA.
Dalam tinjauan mengejut berkenaan, Dr Asyraf turut memeriksa kemudahan-kemudahan seperti tempat penyimpanan bahan basah yang ada di MRSM tersebut.
Beliau kemudian dilihat beramah-mesra dengan pelajar-pelajar yang dilihat tekun mengulangi pelajaran masing-masing.
BACA: 43 Ekor Monyet Untuk Kajian Penyakit Terlepas Dari Pusat Penyelidikan Amerika