Sedar tak sedar, hari ini 7 April 2020 merupakan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut oleh semua pekerja barisan hadapan di hospital dan pusat-pusat kesihatan seluruh Malaysia.
Jasa mereka tidak terbalas, apatah lagi sekarang negara ktia berdepan dengan gejala wabak pandemik Covid-19 yang menyebabkan ribuan orang dijangkiti dan puluhan nyawa sudah melayang.
Kita semua tahu, petugas kesihatan adalah barisan hadapan yang mengorbankan masa dan tenaga bagi membendung pandemik Covid-19. Mereka mempertaruhkan nyawa sendiri demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua.
Jadi, sama-samalah kita memberi kata-kata semangan dan bersama-sama membantu untun menangani ‘musuh’ kita ini. Selamat Hari Kesihatan Sedunia kepada semua petugas kesihatan KKM dan swasta.


Sumber: KKM