Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Terkilan Gagal Bawa Pulang Pingat, Air Mata Azizulhasni Gugur Juga
Tubuhnya mungkin kecil, tetapi semangatnya besar. Demi negara, air matanya gugur juga, tidak langsung dapat ditahan.
Sebelum ini, rakyat hanya ‘melihat’ reaksi beliau melalui media sosial setelah penyertaannya dalam acara Keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dibatalkan.
Namun, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terlihat jelas rasa sedih dan perit yang dirasai oleh atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Dalam menceritakan semula detik memilukan itu, beliau, yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, menegaskan bahawa dia boleh menerima kekalahan jika bertarung di atas trek.
Namun, apa yang terjadi berbeza sama sekali, di mana penyertaannya dibatalkan, langsung tidak berpeluang untuk berlumba dalam acara kegemarannya itu.
“Biasanya dalam perlumbaan, bila saya kalah tapi dapat ekspresikan kayuhan, itu saya boleh terima. Tapi ini saya saya tak dapat buat apa-apa.
“Saya memang tak tahulah perasaan tu nak cakap macam mana. Kalau kita sebagai atlet elit ni…kita makan, tidur, kita hidup memang untuk sukan, buat untuk negara.
“Saya sendiri pun, saya letakkan keluarga nombor dua, apa-apa, memang sukan dulu. Cuti pun saya masih training. Saya fikir ini untuk Olimpik,” katanya yang sebak ketika mengimbau semula insiden tersebut.
Menurut beliau, sehingga kini, dia masih sukar untuk menerima apa yang berlaku.
Beliau juga memohon kepada semua pihak agar memberinya lebih banyak masa untuk menenangkan diri dan merehatkan minda.
“Semangat saya berkobar-kobar untuk berlumba tapi sayang benda maxam itu berlaku dan saya ‘speechless’, tak tahu nak hadam, nak terima.
“Sekarang ini pun saya tak dapat hadam sepenuhnya apa berlaku. Bagi saya, ini satu pengakhiran yang bukan saya nak.
“Tapi sebagai seorang Muslim, saya harus berdamai dengan takdir,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang rancangan persaraan, The Pocket Rocketman menjelaskan bahawa dia memerlukan masa untuk membuat keputusan.
Namun, jika Malaysia memerlukannya atau rakan-rakan atlet basikal memerlukan ‘sparring partner’, beliau bersedia untuk membantu.
“Keluarga saya dah minta saya berhenti sebenarnya (selepas menghidap penyakit jantung). Saya janji satu lagi Olimpik, nak buat untuk negara.
“Tapi saya pun terkilan dengan apa yang berlaku tapi buat masa ini, saya perlukan masa,” katanya.
BACA: Pancing Zii Jia Nasi Lemak & Teh ‘O’ Ais, Hairul Azreen Dapat Hadiah Bulu Tangkis & Raket
BACA: Sebak Tengok Video Sheila Rusly Kongsi Bakal Menantu Peluk Agama Islam
Sumber: Astro Awani