Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 18,762 kes positif COVID-19 Baharu Dilaporkan, KL Alami Penurunan, Enam Negeri Catat Atas 1000 Kes

Gambar sekadar hiasan

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 1 September 2021, terdapat 18,762 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia.

18,762 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,765,016 kes.

Selangor kekal sebagai negeri yang paling tinggi mencatatkan kes harian baharu iaitu sebanyak 3,711 kes.

Sabah pula berada di kedudukan kedua dengan mencatatkan sebanyak 2,430 kes.

Sarawak menjadi negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes positif harian iaitu sebanyak 2,414 kes.

Negeri-negeri lain masih lagi mencatatkan ribuan dan ratusan kes baharu kecuali bagi negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

Sumber: Noor Hisham Abdullah