Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 2,690 Kes Direkodkan Hari Ini Dengan 7 Negeri Catat Kes Harian 3 Angka

Gambar sekadar hiasan

Sebanyak 2,690 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 392,942 kes setakat Ahad (25 April 2021), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), enam (6) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Sarawak tertinggi dengan 960 kes diikuti Selangor 590 kes, Kuala Lumpur 245 kes, Kelantan 164 kes, Sabah 143 kes, Johor 121 kes dan lain-lain.

Daripada 2,690 kes baharu pada hari ini, 10 kes merupakan kes import dan selebihnya merupakan kes tempatan di mana tujuh (7) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Selangor dengan 751 kes diikuti Sarawak 595 kes, Kelantan 424 kes, Kuala Lumpur 217 kes, Johor 159 kes, Sabah 121 kes, Pulau Pinang 117 kes dan lain-lain.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,853 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 367,753 kes.

Sehingga kini, terdapat 283 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 121 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 10 kes kematian Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,436 kes.

Sumber: KKM