Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 5,566 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, negeri Selangor mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu daripada 2 ribu ke atas pada sebelum ini kepada 1,524 kes sahaja pada hari ini.
Sarawak menjadi negeri yang kedua tertinggi yang mencatatkan kes positif COVID-19 baharu pada hari ini iaitu sebanyak 707 kes.
Sementara itu, Negeri Sembilan pula menjadi negeri yang ketiga tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 505 kes.
Negeri-negeri lain masih lagi mencatat ratusan kes pada hari ini kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.