Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang hari ini.
Menurut kenyataan Istana Negara, sesi menghadap Perdana Menteri berlangsung selama satu jam 30 minit bermula pukul 11 pagi tadi.
”Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.
”Sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku Perdana Menteri. Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu,” kata kenyataan.
Sebelum itu, Ismail menghadap Seri Paduka Baginda sebagai Perdana Menteri buat kali pertama semasa Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara pada 21 Ogos lalu.
Difahamkan, senarai nama barisan Kabinet baharu dijangka akan diumumkan pada petang ini.
Sumber: Istana Negara