Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Bekas MB Perak Dilantik Sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri Bertaraf Menteri

Gambar Via Bernama

Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Bertaraf Menteri.

Menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri yang dikongsikan oleh Bernama TV, Faizal akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.

Beliau ketika ini juga memangku jawatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan juga merupakan Ahli Parlimen Tambun.

Sumber: Bernama TV