Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) TERKINI: Cheah Liek Hou Gondol Emas Untuk Malaysia, Negaraku Berkumandang Kali Kedua Di Bumi Tokyo

Gambar: Astro Arena

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya memenangi pingat emas kedua untuk Malaysia selepas menewaskan lawannya daripada Indonesia di dalam saingan akhir badminton perseorangan SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Cheah Liek Hou berjaya menjinakkan Dheva Anrimusthi yang juga merupakan pemain yang berada di kedudukan ranking nombor 1 dunia dengan straight set.

Biar pun Dheva Anrimusthi cuba untuk bangkit di kedua-dua set, corak permainan yang meyakinkan ditampilkan oleh Cheah Liek Hou itu berjaya menyekat kemaraan jaguh dunia tersebut.

Cheah Liek Hou berjaya menundukkan lawannya dengan mata 21-17 di set pertama dan 21-15 di set yang kedua.

Tahniah Cheah Liek Hou!

Sumber: Team Malaysia