Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: 19,378 Kes Baharu Dilaporkan, Perlis Catat 80 Kes Baharu

Gambar: Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 3 September 2021, terdapat 19,378 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan.

19,378 kes COVID-19 baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,805,382 kes.

Daripada jumlah tersebut, Selangor kekal menjadi negeri paling banyak mencatatkan kes harian baharu iaitu sebanyak 3,613 kes.

Sarawak pula menjadi negeri kedua tertinggi mencatakan kes baharu iaitu sebanyak 2,464 kes pada hari ini.

Manakala Sabah pula mencatatkan sebanyak 2,404 kes baharu sekali gus meletakkannya di kedudukan ketiga secara keseluruhan.

Negeri-negeri lain masih lagi kekal mencatatkan ribuan dan ratusan kes kecuali bagi negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

Sumber: Noor Hisham Abdullah