Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu tweet di twitter rasmi kementerian memaklumkan sebanyak 4,094 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.
Daripada jumlah berkenaan, 4,086 merupakan kes tempatan dan bakinya adalah kes import.
Pertambahan kes baharu berkenaan menjadikan kes kumulatif adalah 198,208 kes.
Manakala sebanyak 3,281 kes sembuh baru turut dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan adalah 154,299 kes.
Selain itu, dukacita dimaklumkan sebanyak 10 kematian turut dicatatkan dengan kematian melibatkan 9 warganegara dan 1 bukan warganegara.

