Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: Lepasi Angka 20k, Malaysia Catat 20,596 Kes Baharu, Kes Harian Tertinggi Pernah Dicatatkan

Gambar: philstar.com

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 20,596 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini.

20,596 kes baharu itu menjadikan jumlah kes kumulatif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,203,706 kes.

Kes baharu yang dicatatkan pada hari ini juga adalah kes positif harian tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia.

Menerusi data yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasminya, Selangor kekal sebagai negeri paling tinggi mencatatkan kes positif harian dengan 8,549 kes.

Wilayah Persekutuan juga turut kekal sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 2,163 kes.

Kedah pula menjadi negeri ketiga tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 1,446 kes.

Johor dan Sabah juga turut mencatatkan ribuan kes pada hari ini manakala negeri-negeri lain masih kekal mencatatkan ratusan kes harian positif kecuali negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis sahaja.

Sumber: Noor Hisham Abdullah