Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: Melonjak Kepada 19,819 Kes Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 8,377 Kes

Gambar Via Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 19,819 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini, menjadikan ia kes tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.

Jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif COVID-19 adalah sebanyak 1,183,110 kes.

Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 8,377 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 2,467 kes.

Manakala, Kedah pula merekodkan sebanyak 1,371 kes, Johor dengan 1,162 kes dan Kelantan dengan 1,003 kes.

Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah