Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 20,889 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Kes baharu itu sekali gus memadam rekod kes paling tinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia semalam.
20,889 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah menjadi 1,224,595 kes.
Menurut data yang dikongsikan oleh beliau melalui akaun Twitter rasminya, Selangor masih lagi kekal menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes positif harian iaitu sebanyak 8,792 kes.
Wilayah Persekutuan juga turut kekal berada pada kedudukan negeri kedua tertinggi mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 2,483 kes.
Kedah pula berada di tangga ketiga dengan mencatatkan sebanyak 1,371 kes.
Negeri-negeri lain pula masih mencatatkan ribuan dan ratusan kes kecuali bagi negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.