Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Detik Cemas, Tanah Menggelongsor Semasa Proses Mengeluarkan Rayan

Gambar: 2M

Detik cemas tanah menggelongsor sempat terakam dalam sesi live sebentar tadi semasa misi menyelamatkan Rayn, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap sejak Selasa di dalam perigi sedalam 32 meter di Shafchaoun, Maghribi.

Dalam rakaman di laman Twitter media tempatan, dapat dilihat sebahagian tanah di kawasan tebing yang telah digali sedikit longsor ke bawah, tepatnya ke arah pasukan penyelamat berada.

Gambar: 2M
Gambar: 2M

Difahamkan sebelum ini misi menyelamat berdepan kesukaran berikutan struktur tanah yang tidak stabil di kawasan tersebut.

Di samping itu, pasukan penyelamat juga berdepan risiko tanah runtuh kerana bentuk muka bumi di kawasan berkenaan yang bercampur lapisan berbatu dan berpasir.

Sehingga kini, orang awam serta warganet di seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung berkenaan menanti dengan penuh debaran, momen bersejarah Rayan dikeluarkan dari perigi sempit tersebut.

Tonton siaran langsung proses menyelamatkan Rayan di sini:

Sumber: 2M