PUTRAJAYA, 18 Feb – Dine-in di restoran dan kedai makan dibenarkan bagi semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dimansuhkan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu di kedai makan ini berkuatkuasa mulai 19 Feb esok.
Bagaimanapun jelasnya, biarpun tiada lagi limitasi tempat duduk, penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan dan meja masih lagi dikuatkuasakan.
Dalam pada itu, had bagi jumlah bilangan penumpang dalam kenderaan juga turut dimansuhkan.
Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: RTM