Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik Tiga Sen, Diesel Naik Empat Sen

Gambar: Bernama

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 6 Februari 2021 sehingga 12 Februari 2020.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 3 sen menjadi RM2.23 sen seliter.

Harga runcit bagi petrol RON95 dilaporkan naik sebanyak 3 sen menjadi RRM1.93 sen seliter.

Sementara itu, harga runcit bagi diesel juga turut naik sebanyak 4 sen menjadi RM2.11 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Sumber: MOF