Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Harga Petrol RON97, RON95 Turun 5 Sen, Diesel Turun 6 Sen Seliter

Gambar Hiasan Via Google

Kementerian Kewangan Malaysia sebentar tadi mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 September sehingga 18 September 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM1.96 seliter.

Harga runcit petrol RON95 pula turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.66 seliter.

Tambahan lagi, harga runcit diesel turun sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.78 seliter kepada RM1.72 seliter.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia