Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kapal Terbang Dengan 29 Penumpang Dan Anak Kapal Dilapor Hilang Di Rusia

Gambar Hiasan Via Google

Sebuah pesawat Rusia, AN-26 dilaporkan telah hilang di semenanjung Kamchatka di Timur laut Rusia.

Menurut laporan agensi berita TASS, pesawat itu telah terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara ketika cuba mendarat.

Seramai 29 orang dilaporkan berada di dalamnya termasuk enam anak kapal.

Pesawat itu terbang dari Petropavlosk-Kamchatsky ke Palana di semenanjung Kamchatka sebelum tidak membuat sebarang komunikasi seperti yang dijadualkan, lapor Hindustan Times.

Pencarian pesawat itu telah dilancarkan dan penyelamat kini berada dalam keadaan bersiap sedia.

Sumber: Hindustan Times, Daily Express