Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kenderaan Yang Dipercayai Bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim Memasuki Pintu 2 Istana Negara Sebentar Tadi

Gambar: Bernama TV

Kenderaan yang dipercayai membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memasuki pintu 2 Istana negara pada pukul 10.40 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian video oleh Bernama TV di halaman Facebook.

Dalam perkembangan yang lain, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sesi yang berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara secara berasingan bermula hari ini.

Sumber: Bernama TV, Bernama