Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kes Menurun Kepada 4,949 Kes Baharu Positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif jangkitan di dalam negara berjumlah 662,457 orang setakat ini.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,523 orang diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430) dan Negeri Sembilan (323).

Selain itu, Sabah (273), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Kedah (199), Perak (136), Melaka (119), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) dan Perlis (satu).

Sumber: KKM