Terkini, Labuan akan beralih kepada Fasa 4 bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Khamis ini manakala bagi Negeri Sembilan pula akan beralih ke fasa dua.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri seperti yang dikongsikan Bernama di laman Twitter.
Bagi Labuan yang akan beralih ke fasa 4, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja 100 peratus, namun tertakluk dengan SOP.
Selain itu, seminar, bengkel, kursus dan aktiviti mesyuarat bersemuka dibenarkan dengan kapasiti ruang 50 peratus di Labuan. Dalam pada itu, majlis sosial juga dibenarkan di Labuan dengan had 50 peratus kapasiti premis serta mengamalkan penjarakan fizikal.
Kes positif COVID-19 harian di Labuan juga dilaporkan turun kepada satu digit selama 12 hari berturut-turut dan juga kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun ke angka sifar, memetik kenyataan Perdana Menteri.
Antara kelonggaran yang akan dinikmati penduduk di Labuan bagi peralihan kepada Fasa 4 PPN dan Negeri Sembilan bagi peralihan Fasa 2 adalah seperti yang tertera di dalam Kenyataan Media YAB Perdana Menteri seperti di bawah:





Sumber: Bernama
