Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Rentas Negeri & Daerah Dibenarkan Di Seluruh Negara Mulai 7 Dis Ini Kecuali Kawasan PKPD

PUTRAJAYA, 5 Dis – Sekatan rentas negeri dan daerah yang dijalankan sebelum ini dimansuhkan dan dibenarkan bergerak tanpa kebenaran polis di seluruh negara mulai 7 Dis ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, larangan tersebut kekal di kawasan-kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Ismail, tiada lagi sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis. Bagaimanapun polis diarah untuk memfokuskan kepada pematuhan SOP.

“Kita tidak lagi menghadkan jumlah penumpang.

“(Namun) ianya berdasarkan kapasiti tempat duduk. Kalau empat tempat duduk, empatlah (penumpangnya),” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sumber: RTM