Sarawak akan memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 14 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi.
Menurut kenyataan kementerian tersebut, tindakan ini telah diambil selepas penilaian agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap nilai-nilai ambang atau threshold bagi negeri berkenaan.
Peralihan ini menjadikan Sarawak sebagai negeri ketujuh berjaya memasuki fasa kedua pelan tersebut selepas Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.