Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Tun Dr Mahathir Dibenarkan Keluar IJN

Gambar: Bernama

Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dibenarkan keluar daripada hospital selepas selesai menjalani prosedur perubatan.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di laman Twitter beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 3:45 petang tadi.

Tambah kenyataan itu, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir akan meneruskan proses pemulihannya di rumah beliau.

Justeru, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan menyampaikan doa sepanjang Dr Mahathir dimasukkan ke IJN.

Sumber: Twitter rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad