Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Proses pembangunan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) kini berada pada fasa pertama melibatkan kerja tanah.
Perkara tersebut disahkan oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri (UPKN) Kelantan menerusi satu muat naik di laman Facebook.
Menurut laporan, projek berkenaan kini berada pada tahap dua peratus.


Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan melaporkan bahawa pencapaian itu selaras dengan jadual perancangan yang telah ditetapkan.
"Kerja-kerja yang sedang giat dijalankan di tapak pada masa ini merangkumi pembersihan tapak dan kerja-kerja remove and replaced," maklum kenyataan tersebut.


Difahamkan, beberapa skop kerja baharu melibatkan kerja cerucuk bagi pembetung lintasan dan pemasangan geotekstil bakal dilaksanakan menjelang Mac 2026.
Kenyataan tersebut turut menyenaraikan pemasangan instrumen bagi tujuan bacaan data dalam skop kerja baharu berkenaan.
Terdahulu, Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin berkata, kerja-kerja rawatan tanah seluas sekitar lima ekar itu dijalankan dan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan.
"Kerja-kerja perawatan tanah akan dilaksanakan oleh syarikat CHEC dengan kos berjumlah RM14 juta. Kerja ini melibatkan kaedah Prefabricated Vertical Drain (PVD) bagi tujuan pengaliran keluar air tanah dan penstabilan tapak," maklumnya.
Menurutnya, kaedah rawatan khas diperlukan sebelum pembinaan dapat dilaksanakan.
Susulan itu, kaedah Prefabricated Vertical Drain (PVD) dipilih untuk pastikan tanah bendang berkenaan stabil.
“Tapak ini tidak boleh dibina secara terus. Tanah perlu dikeluarkan sedalam dua meter, ditambun semula dua meter dan seterusnya ditambah tanah pemberat bagi memastikan proses pemampatan tanah berlaku dengan sempurna,” jelasnya.
Tambahnya, projek ini menjadi keutamaan kerajaan negeri dengan sokongan penuh pihak JKR dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan.