Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sedia Parkir Khas 8 & 20 Rakaat, Idea Masjid Ini Raih Pujian Ramai

Azizah Najib
sepanduk parkir khas rakaat masjid cyberjaya
Kredit: Threads @anakitiktokwi11

Sudah sinonim kehadiran bulan Ramadan disusuli dengan usaha memperbanyakkan ibadah dan amalan.

Walaupun keletihan selepas seharian bekerja, suasana Ramadan tetap menyuntik semangat untuk sama-sama mengimarahkan masjid pada malam hari.

Ruang solat yang sejuk serta suara imam yang merdu disulami rasa damai ketika beribadah menjadikan hati tenang sepanjang menunaikan solat tarawih.

Pernahkah kita terfikir, di sebalik semua ini, ada pihak yang berusaha memudahkan urusan kita melaksanakan ibadah.

Penyediaan ruang solat yang kondusif sudah, memastikan persekitaran masjid selamat juga sudah.

Kini, ada pula masjid yang mengambil pendekatan lebih tersusun dengan menyediakan parkir khas kepada para jemaah. Parkir ini dibahagikan mengikut jumlah rakaat solat tarawih yang dipilih.

Itulah yang dikongsi @anakitiktokwi11 menerusi laman Threads peribadinya.

"Boleh pilih parkir kat mana. Fun, siap ada sepanduk," ujar lelaki berkenaan.

Menerusi gambar yang dimuat naik, sepasang sepanduk berwarna dengan memaparkan bilangan rakaat yang berbeza.

Sepanduk berwarna merah menunjukkan kawasan parkir khas untuk jemaah yang menunaikan lapan rakaat, manakala sepanduk berwarna biru menunjukkan kawasan parkir khas untuk jemaah yang menunaikan 20 rakaat.

parkir khas rakaat
Kredit: Threads @anakitiktokwi11

Difahamkan, masjid yang dimaksudkan merupakan Masjid Raja Haji Fisabilillah yang terletak di Cyberjaya.

Rupa-rupanya, usaha yang sama telah lama dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan. Tempat meletak kenderaan di sana juga dibahagikan kepada lapan dan 20 rakaat.

Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai dan kini menerima 8.8 ribu sukaan.

Reaksi warga maya lihat parkir khas lapan dan 20 rakaat

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan usaha pihak masjid.

"Wah dah macam penghujung acara larian," ujar warga maya.

"Idea yang bagus, memudahkan pengurusan keluar masuk kenderaan," puji seorang lagi.

"Lapan rakaat ada baju finisher tak? Ke untuk tarawih penuh je?" Seloroh warga maya.

Trivia

Sekadar perkongsian, bagi anda yang tidak mahu memandu ke masjid berikutan isu kesesakan, terdapat 30 buah masjid di sekitar Lembah Klang yang boleh anda kunjungi dengan menaiki LRT.

Berikut SK kongsikan senarai masjid dan surau yang dekat dengan stesen LRT, MRT dan Monorel untuk rujukan anda.

Masjid dan surau sekitar MRT Laluan Putrajaya

Kredit: Media Selangor

Masjid dan surau sekitar MRT Laluan Kajang

Kredit: Media Selangor

Masjid dan surau sekitar MRT Laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang

Kredit: Media Selangor

Selamat menjelajah.

Sumber:Threads