Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ternyata 3 Cara ‘Kecil’ Ni Mampu Selamatkan Bumi Daripada Musnah

Gambar via Voice for Mother Earth

Mulai 1 Januari 2019, penggunaan straw atau penyedut minuman akan dilarang di semua premis perniagaan bagi tujuan mengurangkan pencemaran plastik serta dalam usaha memulihara alam sekitar.

Para peniaga yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun tak lebih RM1,000.

Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan.

via GIPHY

Bukan sahaja Malaysia, pelaksanaan ini turut dijalankan di kebanyakkan negara luar termasuk Thailand yang mula memperkenalkan straw daripada batang kangkung.

Baru-baru ini turut kecoh di media sosial dengan khabar penggunaan serai akan diperluas bagi menggantikan penggunaan straw plastik. Gerakan ini dipandang serius kerana sekali gus dapat mengurangkan sisa plastik yang sukar untuk dilupuskan.

MILO Malaysia, Syarikat dan Minuman pertama di Malaysia antara yang pertama membuat inovasi pek minuman mesra alam.

Sejak Disember 2019 lalu, MILO Malaysia telah menukar straw plastik kepada straw kertas bermula dengan pek minuman MILO UHT 125ml.

MILO juga merancang untuk menggunakan straw kertas bagi varian lain MILO UHT secara berperingkat dengan matlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun.

Selamat ke straw kertas ni untuk kanak-kanak? Macam mana kalau straw hancur?

Mungkin ada di antara kita terutamanya ibu bapa yang bimbang dengan perkara ini. Jangan risau kerana straw kertas MILO dibuat daripada kertas yang telah disahkan oleh Majlis

Pengawasan Hutan (FSC) dari pembekal bertanggung jawab yang memenuhi garis panduan dan standard yang ketat.

Berapa lama straw kertas boleh digunakan dan seberapa pantas pengguna perlu habiskan pek minuman MILO® UHT sebelum kertas hancur?

MILO telah melakukan soal selidik menggunakan prototaip dan mendapati yang straw kertas itu cukup kukuh untuk tempoh yang diperlukan pengguna untuk menghabiskannya.

Macam mana nak kitar semula straw kertas?

Pek MILO UHT secara keseluruhan boleh dikitar semula. Masukkan straw kertas ke dalam kotak minuman tersebut, kemudian lakukan 3 langkah mudah ini:

Langkah 1 – Flip bahagian tepi

Langkah 2 – Flap bahagian bawah

Langkah 3 – Flat kempiskannya, dan masukkan ke tong kitar semula kertas yang terdekat!

Okay, sebelum tu, mungkin juga ada yang tertanya-tanya,

Straw dah kertas tapi kenapa pembalut straw tu plastik? Ini jawapannya.

Pembalut plastik digunakan untuk memastikan straw kertas dilindungi dari kelembapan dan pencemaran, dan selamat digunakan semasa minum. Bahan yang digunakan untuk pembalut plastik seperti pek MILO UHT yang lain juga boleh dikitar semula sepenuhnya.

Inisiatif daripada MILO ini wajar dipuji dan dicontohi supaya kita sama-sama dapat menyelamatkan hidupan marin dan ekosistem daripada pencemaran plastik dengan menggunakan straw kertas mesra alam sekitar ini.

Jom kitar semula dan sokong inisiatif hijau bersama-sama dengan MILO untuk masa depan yang lebih mesra alam. Kalau kita tak mulakan, siapa lagi?

Ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube,

MILO untuk sebarang update dan info lanjut.

via GIPHY