Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tertukar Huruf R & L, Dua Pesawat Nyaris Berlanggar Satu Sama Lain Setelah Pengawal Tersasul Nama Landasan

Amira
Gambar: Google

Dipercayai kerana petugas kawalan udara tersilap beri arahan, dua pesawat di lapangan terbang Paris Charles de Gaulle nyaris berlanggaran, lapor CNN.

Menurut portal itu, kejadian yang berlaku pada 20 Julai 2020 lalu melibatkan pesawat Boeing 787 milik United Airlines yang baru tiba dari New Jersey dan sebuah pesawat Easyjet Airbus A320 yang sedang bersedia untuk berlepas.

Pada ketika itu, pesawat Easyjet tersebut bakal berlepas dari landasan 09R, namun petugas kawalan trafik memberi maklumat agar pesawat United Airlines mendarat di laluan sama biarpun ia sepatutnya mendarat di landasan 09L.

Sebaik menerima maklumat, kru penerbangan mengesahkan penukaran landasan itu dengan menggunakan perkataan “understand” dan “sidestep for 9 right”, namun maklumat itu tidak disahkan petugas trafik udara yang meminta EasyJet agar terus bersedia untuk berlepas.

Namun, ketika pesawat United Airlines berada pada altitud 300 kaki dan 1,300 meter daripada penghujung landasan, kedua-dua kru EasyJet dan petugas trafik udara meminta pesawat berkenaan untuk terbang semula, membuatkan juruterbang membatalkan pendaratan.

Kejadian itu membuatkan dua pesawat terlibat nyaris berlanggaran dengan jarak 300 kaki (anggaran 91.4 meter) antara satu sama lain, tulis CNN.

Difahamkan, ketika kejadian, petugas trafik terbabit tidak dapat melihat landasan 09 secara terus berikutan peralatan yang menghala ke landasan berkenaan mengalami kerosakan.

Hasil siasatan oleh badan autoriti penerbangan awam Perancis, BEA, insiden itu dipercayai berpunca daripada kesilapan komunikasi antara kru pesawat dan petugas trafik udara.

Jelas pegawai trafik berkenaan, dia mengalami kekeliruan memahami permintaan pesawat yang ingin mendarat pada landasan 09R disebabkan gangguan teknikal.

Selain itu, agensi BEA dipetik berkata, kru penerbangan United Airlines sepatutnya menggunakan terma standard ‘confirm’ berbanding ‘understand’ semasa proses berkenaan.

Sumber: CNN