Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tesla Malaysia mencapai satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan rasmi Tesla Experience Centre di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru, sekali gus memperluaskan kehadirannya di Malaysia. Model Y L, model enam tempat duduk terbaharu Tesla, turut mula diserahkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia hanya dua bulan selepas pelancarannya pada April lalu.
Tesla Experience Centre seluas 3,300 kaki persegi ini terletak secara strategik di G-019, South, Mid Valley Southkey (berhampiran Sogo), menghubungkan pemilik dan peminat Tesla dari Malaysia serta Singapura. Model 3 yang merupakan sedan elektrik terlaris di Malaysia, Model Y iaitu kenderaan elektrik terlaris di dunia, serta Model Y L iaitu SUV enam tempat duduk dipamerkan bagi memperlihatkan rangkaian penuh produk Tesla yang ditawarkan di Malaysia.

Kesemua model ini telah menerima penarafan keselamatan tertinggi daripada pelbagai organisasi keselamatan global terkemuka termasuk NHTSA dan IIHS (Amerika Syarikat), Euro NCAP (Eropah), ANCAP (Australia dan New Zealand) serta C-IASI (China), sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam aspek keselamatan, kecekapan, prestasi dan teknologi termaju. Tesla turut mengendalikan empat unit Supercharger di Ground External, North, Mid Valley Southkey (berhampiran St. Giles Hotels) bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang menyeluruh.
Semua Tesla Model 3, Model Y dan Model Y L yang didaftarkan di Malaysia, Singapura dan Thailand kini menikmati akses kepada perkhidmatan serta sokongan rentas negara di rantau ini, termasuk rangkaian pengecasan Tesla, sambungan internet dan perlindungan waranti perkhidmatan. Waranti perkhidmatan tersebut meliputi Malaysia, Singapura dan Thailand, dengan pemilik kenderaan boleh mendapatkan akses mudah ke sembilan Tesla Service Centre & Service Express serta 12 Tesla Approved Body Shop yang tersedia di rantau ini.

Melalui langganan Premium Connectivity, kenderaan Tesla dapat menikmati liputan perayauan, sistem infotainmen dan ciri kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya seperti Grok, pelayar internet, maklumat trafik dan navigasi secara langsung, perancang perjalanan, penstriman video dan muzik serta pelbagai lagi fungsi. Digabungkan dengan sokongan 24/7 menerusi talian bantuan Tesla, perjalanan rentas negara kini menjadi lebih mudah dan lancar.
“Misi Tesla adalah untuk membina dunia yang penuh dengan peluang dan kelimpahan luar biasa. Tesla mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik dengan meningkatkan akses kepada teknologi Tesla serta menyediakan penyelesaian pengecasan yang sesuai dengan gaya hidup pengguna. Tesla akan terus melabur di negara ini bagi mewujudkan pengalaman pemilikan yang lancar di rantau ini menerusi model perniagaan secara langsung, sokongan pelanggan dan pengalaman pelanggan menyeluruh merentas rantau.” ujar Ms. Isabel Fan, Pengarah Kanan, Tesla.

Sehingga awal tahun 2026, Tesla mengendalikan 19 stesen Supercharging yang dilengkapi 84 unit Supercharger serta 17 stesen Destination Charging dengan 73 unit Destination Charger di seluruh Malaysia. Lebih banyak stesen pengecasan bakal dibuka tidak lama lagi di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Malaysia Timur. Pada kadar pengecasan maksimum 250 kW, Tesla Model Y L mampu menambah sehingga 288 km jarak pemanduan dalam tempoh hanya 15 minit, dengan proses pengecasan boleh diurus atau dibayar dengan mudah melalui aplikasi Tesla.
Rasai sendiri pengalaman memandu Model 3 atau Model Y dengan sesi pandu uji di Tesla Centre dan Pop-up Store yang berdekatan. Hubungi 1800 810 655 atau daftar untuk sesi pandu uji di sini: https://www.tesla.com/en_my/drive

Lembah Klang
• Tesla Centre Cyberjaya
• Tesla Experience Centre, Pavilion Damansara Heights
• Paparan Pop-up di Setia City Mall
• Paparan Pop-up di The Waterfront, Desa ParkCity
Pulau Pinang
• Tesla Experience Centre, Gurney Plaza
Johor
• Tesla Experience Centre, The Mall, Mid Valley Southkey
Sarawak
• The Spring Kuching
Talian Hotline (bebas tol): 1800-810-655
Untuk mendapatkan berita terkini dan tawaran eksklusif daripada Tesla Malaysia, ikuti laman sosial media di:
• X: @Tesla_Malaysia https://x.com/Tesla_Malaysia
• Instagram: @TeslaMotorsMYS https://www.instagram.com/teslamotorsmys/